Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • c) sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95);

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.