Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19
      c) Sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
    • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
    • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).



  • KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SETIAUSAHA PEJABAT GRED N29
      d) Sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
    • ii) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.