Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • c) sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
    • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
    • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
    • iv)Keutamaan kepada calon yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) dalam Pentadbiran Sistem Maklumat dan Pengurusan Pejabat.

  • d) Keutamaan kepada calon yang mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

    • i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

    Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.