Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • c) Sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,377.00); atau
    • ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
    • iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,435.12); atau
    • iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24); atau
    • v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetetan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred H19: RM1,493.24)


Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.