Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • c) Sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    • ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
    • iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini;
    • iv) Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

      • Lesen D : RM1,264.15
      • Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
      • Lesen F/H : RM1,356.45
      • Lesen G/I : RM1,402.60

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.