Syarat Kelayakan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a) warganegara Malaysia;

  • b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

  • c) sekurang-kurangnya memiliki:
    • i) Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: RM2,083.00); atau
    • ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang di iktiraf oleh kerajaan daripada institusi institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang di iktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57); atau
    • iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,490.99); atau
    • iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,797.62); atau
    • v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada gred E41 : RM2,797.62); atau
    • vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,899.83); atau
    • vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM3,002.03)
    • Senarai badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan di perenggan 1 (c) (v) dan 1 (c) (vi) adalah, sila klik DI SINI.

  • d) Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang Perhubungan Awam, Perundangan, Pemasaran, Pertanian, Kejuruteraan Mekanikal, Statistik dan Ekonomi.

 Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pen. Pegawai Ehwal Ekonomi adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-

  • a) Mempunyai kelayakan diperenggan 1 (c); dan

  • b) Had umur pelantikan ;
    • i) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • ii) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • iii) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.